Translate

Tuesday, December 1, 2015

 Assalamaualikum Sahabat KOSMAI sekelian,

Dimaklumkan Mesyuarat Agong Kali Pertama KOSMAI akan diadakan pada 12hb Disember 2015 ini bertempat di pejabat KOSMAI, Ipoh. Maklumat mengenai mesyuarat ini adalah seperti notis di bawah ini:





Pihak ALK (Ahli Lembaga Koperasi) juga menyertakan borang Pembentangan Usul bagi membolehkan ahli-ahli membentangkan sebarang usul yang ingin dibincangkan semasa Mesyuarat Agong ini. Sila download dan setelah selesai mengisi borang ini, ianya perlu dihantar kepada saya melalui email iaitu aliasariffin@gmail.com. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan ke mesyuarat ini akan memberi semangat kepada pihak ALK dan seluruh ahli untuk sama-sama berusaha membangunkan Koperasi KOSMAI milik kita agar ia akan memberi menafaat kepada kita semua, Insyallah.

Terima kasih.




Thursday, January 8, 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015


Assalamualaikum sahabat-sahabat sekelian,

Tahun 2014 telah pun melabuhkan tirainya dengan segala pengalaman pahit dan manis yang telah kita semua tempuhi. Begitu juga dengan KOSMAI di mana 2014 merupakan tahun keramat yang tidak akan kita lupakan kerana tahun ini KOSMAiItelah ditubuhkan secara rasmi selepas mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Segala perancangan dan usaha yang telah sama-sama kita harungi sebelum ini telah diterjemahkan secara zahirnya. Permulaan yang begitu bersemangat oleh semua ahli-ahli dan diharapkan momentum ini akan berterusan selamanya. 

2015 membuka tirainya dan banyak perkara dan sasaran yang akan kita lakukan untuk memastikan KOSMAI terus hidup, maju serta memberi keuntungan dalam setiap aktiviti perniagaan yang akan diceburinya. Kita tidak boleh berpeluk tubuh kerana jika kita lambat mengambil kesempatan dalam setiap peluang perniagaan, maka orang lain akan merebutnya dari kita. Organisasi yang kita sama-sama tubuhkan perlu dijaga, dibajai dan dihidupkan agar hasil yang akan kita perolehi nanti akan dirasai bersama. Ekonomi kita perlu dimantapkan dan kebajikan kita semua perlu dilaksanakan. Dan inilah wahdah perjuangan KOSMAI untuk semua ahli-ahli yang bernaung dibawahnya.

Dengan barisan ALK yang berterusan bekerja tanpa mengenal penat mengharapkan agar setiap apa yang dilaksanakan mendapat restu dan doa dari sahabat semua. Teruskan membantu barisan ALK dalam setiap rancangan dan aktiviti yang dijalankan agar setiap kerja kita akan menjadi mudah dan bergerak dengan seiringan. Semoga kita semua akan mendapat manafaat dari KOSMAI yang kita bina bersama...

Sekian.