Translate

Wednesday, September 10, 2014

MESYUARAT ALK KOSMAI BIL 2/2014

Mesyuarat ALK KOSMAI kali ke 2 telah selamat diadakan pada 6hb September 2014 yang lalu. Berbagai perkara telah dibincangkan bagi memantapkan dan menetapkan hala tuju perniagaan KOSMAI. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Pengerusi KOSMAI, Saudara Mohamad Zubir. Mesyuarat telah
menjemput Dato' Sha sebagai tetamu bagi memberi idea dan buah fikiran serta bertukar-tukar maklumat mengenai peluang-peluang perniagaan yang dapat diraih di Negeri Perak. Selain Dato Sha', mesyuarat juga dihadiri oleh ahli KOSMAI iaitu Saudara Wan Nor Azlan, Saudara Ahmad Nizar Shazali, Saudara ZulFatah dan Saudara Ariffin bagi mendengar maklumat terkini mengenai KOSMAI serta berkesempatan untuk mendaftar sebagai ahli KOSMAI. Mesyuarat mula bersidang pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada 1.00 tengahari. Terima kasih pada ALK KOSMAI yang dapat hadir ke mesyuarat ini. 


ALAMAT BARU PEJABAT KOSMAI DAN JUALAN JUS KELUARAN SIME DARBY

Sahabat-sahabat sekelian,

Adalah dimaklumkan bahawa KOSMAI telah pun berpindah ke pejabat baru efektif pada 1hb September 2014 yang lalu. Ia merupakan pejabat yang disewa sebahagiannya dari Saudara Azlan Shah (ALK / Penasihat Undang-Undang) yang bersetuju untuk memberi sebuah bilik di pejabatnya sebagai bilik operasi dan pentadbiran KOSMAI. Pihak KOSMAI mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepadanya di atas sifat keperihatinannya dalam memastikan operasi KOSMAI berjalan dengan lebih teratur. Insyallah, KOSMAI akan menambah keperluan di pejabat baru ini seperti kemudahan Telefon dan Faks dalam masa terdekat ini. Berikut adalah alamat terbaru KOSMAI buat sahabat-sahabat sekelian:

Alamat: No 2A Medan Gopeng 3, Jalan Raja Dr Nazrin Shah, 31350 Ipoh, 
Perak Darul Ridzuan.
Telefon: 013.3155527 / 019.6666901

Dimaklumkan jua, KOSMAI telah pun menjadi agen pengedaran Jus Guava dan Jus Oren keluaran Sime Darby. Pejabat ini juga merupakan pusat jualan dan pengedaran jus ini dan ianya dijual secara runcit dengan harga RM 7.50 sebotol (1liter). Walau bagaimana pun, bagi ahli-ahli berdaftar KOSMAI, ianya dijual dengan harga RM 6.00 sebotol. Sila datang ke pejabat KOSMAI sekiranya ingin membeli jus ini. Untuk maklumat lanjut, atau berhasrat untuk membeli jus ini boleh menghubungi Saudara Nizam Harun (013.5201500) atau Saudara Azman Khalid (019.5138799)

BORANG PERMOHONAN MENJADI ANGGOTA KOPERASI

Salam semua,

Kepada sahabat-sahabat yang ingin memohon menjadi anggota Koperasi KOSMAI, boleh download borang permohonan di sini. Sila isi dan kembalikan kepada saya melalui email. Sila sertakan bukti pembayaran juga untuk memudahkan pemerosesan permohonan saudara. Pembayaran bagi modal syer boleh dibuat terus melalui akaun KOSMAI (Maybank: 5-58088-42918-0). Jika terdapat sebarang kemusykilan, bolehlah berhubung terus di talian 013.3155527 (Alias Ariffin) atau 019.5138799 (Azman Khalid).





Tuesday, September 9, 2014

AHLI LEMBAGA KOPERASI KOSMAI (2014)


Senarai ALK Koperasi KOSMAI 2014
Berdiri dari kiri: Mohd Damanhuri (ALK), Ali Azwan (ALK), Azemi Omar (ALK / Tim. Bendahari), Mohd Nizam Harun (ALK), Nor Azlan Shah (ALK / Penasihat Undang-Undang), Shamsul Johari (ALK / Pen. Setiausaha II), Ripin (ahli), Ahmad Nizar Shazali(ahli)
Duduk dari kiri: Mohamed Alias Ariffin (ALK / Setiausaha), Dato' Sha (ahli), Mohamad Zubir (ALK / Pengerusi), Shamshul Johari ZM (ALK / Tim. Pengerusi), Azman Khalid (ALK / Bendahari)

Nota:
ALK yang tiada dalam gambar: Khairuzaman Othman (ALK / Pen. Setiausaha),Yussri Abdullah (ALK). Azlan Mohd Salji (ALK / Ketua Biro Ekonomi)

Salam

Salam Saudara-Saudara Sekelian,


Alhamdulillah...Syukur kita pada Allah swt kerana dengan izinNya penubuhan Koperasi Sahabat Alumni Sekolah Menengah Anderson Ipoh Berhad (KOSMAI) telah berjaya ditubuhkan pada 11 April 2014 yang lalu. Penyertaan sebagai ahli buat masa ini hanya pada mereka yang pernah belajar dari tahun1982-1986 sahaja. Dengan penubuhan ini, ia akan menjadi wahdah kepada kita semua untuk mengembeleng tenaga secara bersama bagi memajukan perniagaan kita melalui KOSMAI agar keuntungan dari setiap titik peluh kita dapat dirasai secara bersama. Ia juga sebagai cara untuk kita bekerjasama secara kumpulan dengan cara yang lebih sistematik dan profesional agar setiap apa yang dirancang akan menghasilkan kejayaan yang diharapkan. Seterusnya dengan hasil perniagaan yang diterima dapat diagihkan kepada setiap ahli dan secara langsung dapat meningkatkan pendapatan dan ekonomi kita.
Pihak Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang diterajui oleh Pengerusi kita Saudara Mohamad Zubir akan sentiasa menerima pandangan, dan cadangan dari semua ahli untuk kemajuan KOSMAI.

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama berganding bahu memajukan KOSMAI kita ini kerana ia akan dapat memberi manafaat, bukan sahaja pada kita semua tetapi sebagai bekalan yang akan kita tinggalkan kepada generasi kita seterusnya.

Sekian...