Translate

Tuesday, September 9, 2014

Salam

Salam Saudara-Saudara Sekelian,


Alhamdulillah...Syukur kita pada Allah swt kerana dengan izinNya penubuhan Koperasi Sahabat Alumni Sekolah Menengah Anderson Ipoh Berhad (KOSMAI) telah berjaya ditubuhkan pada 11 April 2014 yang lalu. Penyertaan sebagai ahli buat masa ini hanya pada mereka yang pernah belajar dari tahun1982-1986 sahaja. Dengan penubuhan ini, ia akan menjadi wahdah kepada kita semua untuk mengembeleng tenaga secara bersama bagi memajukan perniagaan kita melalui KOSMAI agar keuntungan dari setiap titik peluh kita dapat dirasai secara bersama. Ia juga sebagai cara untuk kita bekerjasama secara kumpulan dengan cara yang lebih sistematik dan profesional agar setiap apa yang dirancang akan menghasilkan kejayaan yang diharapkan. Seterusnya dengan hasil perniagaan yang diterima dapat diagihkan kepada setiap ahli dan secara langsung dapat meningkatkan pendapatan dan ekonomi kita.
Pihak Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang diterajui oleh Pengerusi kita Saudara Mohamad Zubir akan sentiasa menerima pandangan, dan cadangan dari semua ahli untuk kemajuan KOSMAI.

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama berganding bahu memajukan KOSMAI kita ini kerana ia akan dapat memberi manafaat, bukan sahaja pada kita semua tetapi sebagai bekalan yang akan kita tinggalkan kepada generasi kita seterusnya.

Sekian...

No comments:

Post a Comment