Assalamualaikum sahabat-sahabat sekelian,
Pada 26.9.2014 yang lalu bertempat di Taman Warisan Putrajaya, satu majlis taklimat oleh Saudara Azlan Salji telah diadakan bagi ahli ALK Kosmai mengenai program perniagaan prepaid Tone Excel. Seramai beberapa orang ALK telah hadir ke taklimat ini bagi mendapatkan gambaran secara menyeluruh mengenainya pelan perniagaan ini. Ia merupakan satu lagi inisiatif Kosmai bagi menjaga pendapatan selain dari ahli-ahli juga memperolehi pendapatan pasif setiap bulan. Satu jenis perniagaan yang ringkas serta mudah dikendalikan oleh sesiapa sahaja. Dengan menukar kepada Tone Excel, setiap penggunaan atau pembelian top up, sahabat-sahabat juga akan memperolehi pendapatan darinya. Dengan penggunaan telefon bimbit yang semakin canggih serta telah pun menjadi sebahagian dari keperluan harian kita, Tone Excel akan dapat memberi pulangan yang lumayan kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya. Nombor telefon sedia ada boleh dikekalkan atau sahabat boleh mendapatkan pendaftaran nombor baru. Pendaftaran adalah sebanyak RM90.00 sahaja. Setiap kali kita membeli top up bagi kegunaan telefon, KOSMAI akan memperolehi keuntungan berupa komisen. Juga kepada sahabat-sahabat juga akan mendapat komisen serta pakej lain yang akan saya terangkan dan rungkaikan melalui blog ini dari masa ke semasa.
Jadi bertindaklah sekarang... Sebarang kemusykilan dan keterangan lanjut mengenainya bolehlah menghubungi ahli-ahli ALK. Atau Saudara Azlan Salji (019.2561771) bagi sahabat-sahabat yang berada di KL dan Selangor. Juga Saudara Azman Khalid (019.5138799) bagi yang berada di Perak dan kawasan sekitarnya.


No comments:
Post a Comment