Assalamualaikum semua,
Dimaklumkan bahwa satu majlis tahlil arwah Saudara Ariffin bin Man akan diadakan pada waktu berikut:
Tarikh: 20hb Disember 2014 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Pejabat Kosmai, No. 2A Medan Gopeng 3, Jalan Rajan Dr Nazrin Shah, 31350 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
Mesyuarat bagi ALK pula akan diadakan sejurus tamat majlis tahlil berkenaan. Semoga dengan doa dari sahabat-sahabat semua akan memberikan kemudahan kepada roh sabahat kita yang baru-baru ini telah meninggalkan kita. Juga majlis tahlil ini juga kita adakan buat ibubapa, saudara mara serta sahabat handai yang lebih dahulu menemui penciptaNya daripada kita. Harap dapat kiranya sahabat-sahabat datang beramai-ramai menghadiri majlis tahlil ini.
Kepada para ALK semua,
Kehadiran anda diperlukan untuk hadir pada mesyuarat ALK ini bagi memantapkan lagi perjalanan koperasi KOSMAI kita ini.
Sekian. Terima kasih.
Translate
Sunday, December 14, 2014
Tuesday, December 2, 2014
PULANGNYA SAHABAT KITA KE RAHMATULLAH
Assalamualaikum pada sahabat-sahabat sekelian,
Satu berita sedih diterima bahawa sahabat kita Saudara Ariffin Bin Man (Ripin) telah kembali ke Rahmatullah pada Isnin (1.12.2014) pada pukul 1.00 tengahari di Hospital Besar Ipoh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital pada Sabtu yang lalu setelah tidak sedarkan diri ketika berada di rumah. Seorang yang sentiasa ceria, rapat dengan semua kawan-kawan dan begitu mengambil berat akan sahabat-sahabatnya. Kehadirannya amat disenangi oleh semua. Ramai dari sahabat-sahabat kita yang hadir ketika majlis pengkebumiannya dan ini menggambarkan ikatan persaudaraan dan ukhwah sesama kita amat erat sekali. Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis pengkebumian arwah dan juga kepada mereka yang menyumbangkan sumbangan peribadi kepada keluarga arwah. KOSMAI juga tidak terkecuali mengeluarkan sejumlah sumbangan untuk meringankan bebanan keluarga arwah. Beliau meninggalkan seorang balu dan lapan orang anak. Semoga anaknya yang bakal mewarisi keahlian KOSMAI akan terus aktif membangunkan KOSMAI seperti semangat ayahnya jua...
Adalah diharapkan semoga keluarga arwah sentiasa bersabar dengan dugaan dari Allah swt ini dan sebagai umat Islam kita perlu redha dengan kententuanNya. Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita akan kembali.
Kepada sahabat kami,,,Saudara Ripin, semoga rohmu tenang di Jannah bersama-sama dengan kekasihNya di sana. Amiinn...
AL FATIHAH....
Ariffin Bin Man (1969 - 2014)
Barisan belakang. Dua dari kanan (bersongkok)
PROGRAM JUALAN GENEXTER DI PUTRAJAYA PADA 8 & 9 NOVEMBER 2014
Assalamualaikum pada sahabat-sahabat sekelian.
Alhamdulillah, program jualan yang pertama disertai oleh KOSMAI berjalan dengan lancarnya. KOSMAI mempertaruhkan jualan Jus Pink Guava dan pakaian batik semasa program jualan ini diadakan. Sambutan yang diterima dari pelawat dan pelanggan begitu memberangsangkan lebih-lebih lagi pada Jus Pink Guava yang habis dijual pada karnival yang diadakan selama dua hari ini.
Sehingga ahli-ahli KOSMAI di sekitar KL yang ingin mendapatkannya pulang dengan tangan kosong kerana semuanya habis dijual. Insyallah, KOSMAI sedang membuat perancangan untuk mengadakan satu lagi stokis bagi memudahkan ahli-ahli KOSMAI dan pelanggan di sekitar Lembah Kelang untuk mendapatkannya pada masa hadapan.
Jutaan terima kasih pada semua yang terlibat lebih-lebih lagi pada sahabat-sahabat KOSMAI yang datang dari luar Lembah Kelang untuk sama-sama bertungkus lumus menjayakan aktiviti jualan ini. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas jasa baik tuan-tuan semua. Tiada kata-kata yang dapat kami ucapkan pada kalian semua. Jualan selama dua hari ini adalah sebanyak lebih RM 5,000. Satu pencapaian yang amat membanggakan bagi kita semua.

Adalah diharapkan, pada masa-masa hadapan, KOSMAI dapat menyertai program seumpamanya di Putrajaya atau di mana-mana sahaja agar kita dapat mempromosikan produk ini secara berterusan dan dengan lebih agresif lagi. Semoga perniagaan KOSMAI akan terus maju dan membawa keuntungan pada kita semua...
Subscribe to:
Comments (Atom)