Translate

Tuesday, December 2, 2014

PROGRAM JUALAN GENEXTER DI PUTRAJAYA PADA 8 & 9 NOVEMBER 2014

Assalamualaikum pada sahabat-sahabat sekelian.

Alhamdulillah, program jualan yang pertama disertai oleh KOSMAI berjalan dengan lancarnya. KOSMAI mempertaruhkan jualan Jus Pink Guava dan pakaian batik semasa program jualan ini diadakan. Sambutan yang diterima dari pelawat dan pelanggan begitu memberangsangkan lebih-lebih lagi pada Jus Pink Guava yang habis dijual pada karnival yang diadakan selama dua hari ini.
Sehingga ahli-ahli KOSMAI di sekitar KL yang ingin mendapatkannya pulang dengan tangan kosong kerana semuanya habis dijual. Insyallah, KOSMAI sedang membuat perancangan untuk mengadakan satu lagi stokis bagi memudahkan ahli-ahli KOSMAI dan pelanggan di sekitar Lembah Kelang untuk mendapatkannya pada masa hadapan.

Jutaan terima kasih pada semua yang terlibat lebih-lebih lagi pada sahabat-sahabat KOSMAI yang datang dari luar Lembah Kelang untuk sama-sama bertungkus lumus menjayakan aktiviti jualan ini. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas jasa baik tuan-tuan semua. Tiada kata-kata yang dapat kami ucapkan pada kalian semua. Jualan selama dua hari ini adalah sebanyak lebih RM 5,000. Satu pencapaian yang amat membanggakan bagi kita semua.

 
Adalah diharapkan, pada masa-masa hadapan, KOSMAI dapat menyertai program seumpamanya di Putrajaya atau di mana-mana sahaja agar kita dapat mempromosikan produk ini secara berterusan dan dengan lebih agresif lagi. Semoga perniagaan KOSMAI akan terus maju dan membawa keuntungan pada kita semua...

No comments:

Post a Comment