Translate

Tuesday, December 2, 2014

PULANGNYA SAHABAT KITA KE RAHMATULLAH

Assalamualaikum pada sahabat-sahabat sekelian,

Satu berita sedih diterima bahawa sahabat kita Saudara Ariffin Bin Man (Ripin) telah kembali ke Rahmatullah pada Isnin (1.12.2014) pada pukul 1.00 tengahari di Hospital Besar Ipoh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital pada Sabtu yang lalu setelah tidak sedarkan diri ketika berada di rumah. Seorang yang sentiasa ceria, rapat dengan semua kawan-kawan dan begitu mengambil berat akan sahabat-sahabatnya. Kehadirannya amat disenangi oleh semua. Ramai dari sahabat-sahabat kita yang hadir ketika majlis pengkebumiannya dan ini menggambarkan ikatan persaudaraan dan ukhwah sesama kita amat erat sekali. Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis pengkebumian arwah dan juga kepada mereka yang menyumbangkan sumbangan peribadi kepada keluarga arwah. KOSMAI juga tidak terkecuali mengeluarkan sejumlah sumbangan untuk meringankan bebanan keluarga arwah. Beliau meninggalkan seorang balu dan lapan orang anak. Semoga anaknya yang bakal mewarisi keahlian KOSMAI akan terus aktif membangunkan KOSMAI seperti semangat ayahnya jua...

Adalah diharapkan semoga keluarga arwah sentiasa bersabar dengan dugaan dari Allah swt ini dan sebagai umat Islam kita perlu redha dengan kententuanNya. Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita akan kembali. 

Kepada sahabat kami,,,Saudara Ripin, semoga rohmu tenang di Jannah bersama-sama dengan kekasihNya di sana. Amiinn...

AL FATIHAH.... 

Ariffin Bin Man (1969 - 2014)
Barisan belakang. Dua dari kanan (bersongkok)


No comments:

Post a Comment