Assalamualaikum semua,
Dimaklumkan bahwa satu majlis tahlil arwah Saudara Ariffin bin Man akan diadakan pada waktu berikut:
Tarikh: 20hb Disember 2014 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Pejabat Kosmai, No. 2A Medan Gopeng 3, Jalan Rajan Dr Nazrin Shah, 31350 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
Mesyuarat bagi ALK pula akan diadakan sejurus tamat majlis tahlil berkenaan. Semoga dengan doa dari sahabat-sahabat semua akan memberikan kemudahan kepada roh sabahat kita yang baru-baru ini telah meninggalkan kita. Juga majlis tahlil ini juga kita adakan buat ibubapa, saudara mara serta sahabat handai yang lebih dahulu menemui penciptaNya daripada kita. Harap dapat kiranya sahabat-sahabat datang beramai-ramai menghadiri majlis tahlil ini.
Kepada para ALK semua,
Kehadiran anda diperlukan untuk hadir pada mesyuarat ALK ini bagi memantapkan lagi perjalanan koperasi KOSMAI kita ini.
Sekian. Terima kasih.
Translate
Sunday, December 14, 2014
Tuesday, December 2, 2014
PULANGNYA SAHABAT KITA KE RAHMATULLAH
Assalamualaikum pada sahabat-sahabat sekelian,
Satu berita sedih diterima bahawa sahabat kita Saudara Ariffin Bin Man (Ripin) telah kembali ke Rahmatullah pada Isnin (1.12.2014) pada pukul 1.00 tengahari di Hospital Besar Ipoh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital pada Sabtu yang lalu setelah tidak sedarkan diri ketika berada di rumah. Seorang yang sentiasa ceria, rapat dengan semua kawan-kawan dan begitu mengambil berat akan sahabat-sahabatnya. Kehadirannya amat disenangi oleh semua. Ramai dari sahabat-sahabat kita yang hadir ketika majlis pengkebumiannya dan ini menggambarkan ikatan persaudaraan dan ukhwah sesama kita amat erat sekali. Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis pengkebumian arwah dan juga kepada mereka yang menyumbangkan sumbangan peribadi kepada keluarga arwah. KOSMAI juga tidak terkecuali mengeluarkan sejumlah sumbangan untuk meringankan bebanan keluarga arwah. Beliau meninggalkan seorang balu dan lapan orang anak. Semoga anaknya yang bakal mewarisi keahlian KOSMAI akan terus aktif membangunkan KOSMAI seperti semangat ayahnya jua...
Adalah diharapkan semoga keluarga arwah sentiasa bersabar dengan dugaan dari Allah swt ini dan sebagai umat Islam kita perlu redha dengan kententuanNya. Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita akan kembali.
Kepada sahabat kami,,,Saudara Ripin, semoga rohmu tenang di Jannah bersama-sama dengan kekasihNya di sana. Amiinn...
AL FATIHAH....
Ariffin Bin Man (1969 - 2014)
Barisan belakang. Dua dari kanan (bersongkok)
PROGRAM JUALAN GENEXTER DI PUTRAJAYA PADA 8 & 9 NOVEMBER 2014
Assalamualaikum pada sahabat-sahabat sekelian.
Alhamdulillah, program jualan yang pertama disertai oleh KOSMAI berjalan dengan lancarnya. KOSMAI mempertaruhkan jualan Jus Pink Guava dan pakaian batik semasa program jualan ini diadakan. Sambutan yang diterima dari pelawat dan pelanggan begitu memberangsangkan lebih-lebih lagi pada Jus Pink Guava yang habis dijual pada karnival yang diadakan selama dua hari ini.
Sehingga ahli-ahli KOSMAI di sekitar KL yang ingin mendapatkannya pulang dengan tangan kosong kerana semuanya habis dijual. Insyallah, KOSMAI sedang membuat perancangan untuk mengadakan satu lagi stokis bagi memudahkan ahli-ahli KOSMAI dan pelanggan di sekitar Lembah Kelang untuk mendapatkannya pada masa hadapan.
Jutaan terima kasih pada semua yang terlibat lebih-lebih lagi pada sahabat-sahabat KOSMAI yang datang dari luar Lembah Kelang untuk sama-sama bertungkus lumus menjayakan aktiviti jualan ini. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas jasa baik tuan-tuan semua. Tiada kata-kata yang dapat kami ucapkan pada kalian semua. Jualan selama dua hari ini adalah sebanyak lebih RM 5,000. Satu pencapaian yang amat membanggakan bagi kita semua.
Alhamdulillah, program jualan yang pertama disertai oleh KOSMAI berjalan dengan lancarnya. KOSMAI mempertaruhkan jualan Jus Pink Guava dan pakaian batik semasa program jualan ini diadakan. Sambutan yang diterima dari pelawat dan pelanggan begitu memberangsangkan lebih-lebih lagi pada Jus Pink Guava yang habis dijual pada karnival yang diadakan selama dua hari ini.
Sehingga ahli-ahli KOSMAI di sekitar KL yang ingin mendapatkannya pulang dengan tangan kosong kerana semuanya habis dijual. Insyallah, KOSMAI sedang membuat perancangan untuk mengadakan satu lagi stokis bagi memudahkan ahli-ahli KOSMAI dan pelanggan di sekitar Lembah Kelang untuk mendapatkannya pada masa hadapan.
Jutaan terima kasih pada semua yang terlibat lebih-lebih lagi pada sahabat-sahabat KOSMAI yang datang dari luar Lembah Kelang untuk sama-sama bertungkus lumus menjayakan aktiviti jualan ini. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas jasa baik tuan-tuan semua. Tiada kata-kata yang dapat kami ucapkan pada kalian semua. Jualan selama dua hari ini adalah sebanyak lebih RM 5,000. Satu pencapaian yang amat membanggakan bagi kita semua.
Adalah diharapkan, pada masa-masa hadapan, KOSMAI dapat menyertai program seumpamanya di Putrajaya atau di mana-mana sahaja agar kita dapat mempromosikan produk ini secara berterusan dan dengan lebih agresif lagi. Semoga perniagaan KOSMAI akan terus maju dan membawa keuntungan pada kita semua...
Thursday, October 30, 2014
PROGRAM JUALAN GENEXTER DI PUTRAJAYA PADA 8 & 9 NOVEMBER 2014
Assalamualaikum semua,KOSMAI dijangka akan mengambil bahagian dalam program jualan di Putrajaya yang akan diadakan pada awal November ini sebagai sebahagian cabang aktiviti perniagaan KOSMAI.Butiran program adalah seperti di bawah:Tarikh: 8 & 9 November 2014Program: Jualan Genexter 2014 Tempat: PutrajayaSehubungan dengan itu, satu perjumpaan ALK akan diadakan bagi membincangkanpersiapan ke arah program bagi melancarkan aspek persediaan serta pengagihan tugassemasa program ini dijalankan. Adalah diminta agar kepada semua ALK yangberkelapangan untuk hadir ke perbincangan ini bagi membincangkan persiapan ini.Berikut adalah butiran bagi perjumpaan ini:Tarikh: 2 November 2014 Tempat: Kelab Tasik PutrajayaMasa: 2.30 ptg - 5.00 ptgSekian. Terima kasih.Kehadiran ahli ALK amatlah dialu-alukan.
``KAMI JUGA MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN AHLI-AHLI KOSMAI BAGI
MEMBERI BUAH FIKIRAN DALAM PERBINCANGAN INI. IA AKAN DIBUAT SECARA
SANTAI SAHAJA."
Wednesday, October 22, 2014
SENARAI AHLI TERKINI YANG TELAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI KOSMAI
Assamualaikum sahabat-sahabat. Berikut adalah senarai ahli-ahli KOSMAI berdaftar yang telah menjadi ahli. Adalah dipohon kepada sahabat-sahabat Andersonian batch 82-86 untuk mendaftar kerana KOSMAI memerlukan sekurang-kurangnya 50 ahli bagi memantapkan keahlian kita. Untuk pendaftaran, sila muat turun borang penfartaran di blog ini. Setelah diisi, bolehlah email kepada saya di aliasariffin@gmail.com.
KOSMAI...dari ahli kepada ahli.
Senarai Ahli yg telah membayar modal syer KOSMAI setakat 30/10/14.
----------------------------
1. Zubir.
2. Samshudin.
3. Fauzi Fudzin.
4. Azlan Salji.
5. Amiruddin Othman.
6. Nazim Yusof.
7. Rahman Salleh.
8. Azraee.
9. Nizar Sazali.
10. Nizam Harun.
11. Ali Azwan.
12. Damanhuri Ghazali.
13. Azemi Omar.
14. Azman Khalid.
15. Khusaini.
16. Shamsul Joe ZM.
17. Shamsul Joe MS.
18. Azlan Shah.
19. Yusri Shafie.
20. Razib Saurani.
21. Zulfatah.
22. Zaini Azizudin.
23. Khairuzaman Othman.
24. Alias Ariffin.
25. Sharifuddin.
26. Yusaini Yasin.
27. Yusof Aziz.
28. Waad Abd Malik.
29. Hishamuddin Sadi.
30. Khalimi Basiran
31. Zah Murat
32. Azhar Mat Isa
33. Anuar Abu Shahid
34. Zainal Mat Yahaya
35. Anuar Abd Hamid
36. Meor Zuazir
37. Mufek Zailani
38. Azlan Nordin
Terima kasih dan syabas pada tuan2 semua..
"Berjuang kita,dgn bangga
Usaha Hingga Jaya "🎵
----------------------------
1. Zubir.
2. Samshudin.
3. Fauzi Fudzin.
4. Azlan Salji.
5. Amiruddin Othman.
6. Nazim Yusof.
7. Rahman Salleh.
8. Azraee.
9. Nizar Sazali.
10. Nizam Harun.
11. Ali Azwan.
12. Damanhuri Ghazali.
13. Azemi Omar.
14. Azman Khalid.
15. Khusaini.
16. Shamsul Joe ZM.
17. Shamsul Joe MS.
18. Azlan Shah.
19. Yusri Shafie.
20. Razib Saurani.
21. Zulfatah.
22. Zaini Azizudin.
23. Khairuzaman Othman.
24. Alias Ariffin.
25. Sharifuddin.
26. Yusaini Yasin.
27. Yusof Aziz.
28. Waad Abd Malik.
29. Hishamuddin Sadi.
30. Khalimi Basiran
31. Zah Murat
32. Azhar Mat Isa
33. Anuar Abu Shahid
34. Zainal Mat Yahaya
35. Anuar Abd Hamid
36. Meor Zuazir
37. Mufek Zailani
38. Azlan Nordin
Terima kasih dan syabas pada tuan2 semua..
"Berjuang kita,dgn bangga
Usaha Hingga Jaya "🎵
KELEBIHAN PROGRAM TUNE TALK TONE EXCEL
Cuba anda renungkan...
Peluang menanti anda sekiranya anda menyertai Program Tune Talk Tone Excel...
Program yang didukung oleh syarikat yang telah stabil di Malaysia dan Asia...
| ||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||
JADUAL PEMBAYARAN – PENDAPATAN PASIF
Ahli akan menerima ganjaran setiap kali ahli bawahannya menambahnilai.
Ahli akan menerima ganjaran setiap kali ahli bawahannya menambahnilai.
KOMISEN DARI MENAMBAH NILAI: BAYARAN UNTUK SETIAP HARI KE 21 BULAN BERIKUTNYA
Terma dan syarat:
Bayaran Minima RM20 bagi setiap tambahnilai
- Jumlah kiraan tambahnilai minima RM20 atau lebih setiap bulan akan melayakkan ahli untuk pendapatan pasif berulangan
Bagi pembayaran ahli bawahan pendapatan minima
- Pendapatan pasif akan dipindahkan ke dalam akaun bank apabila mencukupi RM30 dan ke atas. Sila pastikan maklumat akaun adalah betul.
Jadual pembayaran
- Bayaran akan dibayar setiap hari ke-21 setiap bulan
- Setiap transaksi dikenakan caj sebanyak RM3.00
SOALAN LAZIM TONE EXCELA) Pendaftaran
- Mendaftar sebagai ahli baru dan ahli rujukan dalam sistem Tone Excel.
- Pembelian simkad Tone Excel bernilai RM90 dari Cawangan atau Pusat Servis mahupun di Ibu Pejabat.
- Borang pendaftaran Tone Excel perlu dilengkapkan dan dihantar kepada cawangan atau pusat servis mahupun di Ibu Pejabat menerusi emel atau fax bagi proses pendaftaran.
B) Akaun Tone Excel
- Mendaftar masuk ke akaun Tone Excel?
- Laman sesawang www.toneexcel.com
- Taipkan nama pengguna (Nombor kad pengenalan / pasport dan kata laluan.
- Lupa kata laluan atau akaun disekat.
- Panggilan kepada pengawai khidmat pelanggan di talian 010 – 5000969 / 010 – 5333969 atau talian tetap 03 – 90543809
- Ataupun emel kepada kami di info@toneexcel.com
- Mengemaskini maklumat diri (Profil, maklumat perbankan, benefisiari dan kata laluan) dalam sistem Tone Excel
- Ya, anda boleh
- Laman sesawang www.toneexcel.com
- Taipkan nama pengguna (Nombor kad pengenalan / pasport dan kata laluan.
- Kemaskini profil di “Mengemaskini Profil”
- Kemaskini maklumat perbankan di “Mengemaskini Maklumat Perbankan”
- Kemaskini maklumat benefisiari di “Mengemaskini Maklumat Benefisiari”
- Menukar kata laluan di “Pertukaran Kata Laluan”
- Ya, anda boleh
- Untuk menyemak rangkaian dan pernyataan.
- Laman sesawang www.toneexcel.com
- Taipkan nama pengguna (Nombor kad pengenalan / pasport dan kata laluan.
- Semak rangkaian anda di “ Paparan Genealogi (Tahap Universiti)”.
- Semak penyata gaji di “Penyata Gaji”.
C) Komisen
- Apakah keperluan minima kelayakkan?
- Tambahnilai minima sebanyak RM20 dalam 1bulan dan terus menikmati komisen.
- Tambahnilai minima sebanyak RM20 dalam 1bulan dan terus menikmati komisen.
- Adakah pindahan kredit diterima?
- Tidak. Anda boleh memindahkan kredit kepada pengguna Tune Talk, tetapi tidak akan dikira sebagai tambahnilai. Maka, peratusan komisen tidak akan dikira.
- Tidak. Anda boleh memindahkan kredit kepada pengguna Tune Talk, tetapi tidak akan dikira sebagai tambahnilai. Maka, peratusan komisen tidak akan dikira.
- Mengapa saya tidak dapat komisen?
- Berikut adalah 4 alasan mengapa tidak dapat komisen :
- Tidak memenuhi syarat minima komitmen sebanyak RM20
- Jumlah komisen kurang dari RM30
- Servis mobil Tune Talk juga akaun Tone Excel telah tamat
- Maklumat akaun perbankan tidak lengkap. Sila kemaskini
- Berikut adalah 4 alasan mengapa tidak dapat komisen :
- Bagaimana ingin menyemak komisen di dalam akaun?
- Laman sesawang www.toneexcel.com
- Tekan pada “Cetakan”
- Pengguna boleh melihat jumlah bonus terkumpul dan tambahnilai peribadi
- Mengapa tambahnilai peribadi tidak dikemaskini di dalam sistem?
- Semak bila tambahnilai peribadi dilakukan
- Semak “ Kemaskini Terbaru” di cetakan terkumpul
- Pastikan tarikh tambahnilai sebelum atau selepas
- Jika tambahnilai dilakukan sebelum tarikh cetakan, sila hubungi pengawai khidmat pelanggan kami di talian 010 – 5000969 / 010 – 5333969 atau talian tetap 03 - 90543809
- Bilakah bonus akan dibayar bagi bonus tambahan?
* Bonus tambahan dibahagi kepada 2 jadual pembayaran
UNTUK DOWNLOAD BORANG PENDAFTARAN BAGI PROGRAM TUNE TALK BOLEHLAH MUATURUN DENGAN KLIK LINK DI BAWAH INI:
http://www.tonegroup.net:8080/toneexcel-my/images/registration.pdf
(setelah borang diisi, sila emailkan kepada saya di aliasariffin@gmail.com atau kepada saudara Azlan Salji di azlan_oceanteam@yeah.net bagi tujuan pendaftaran)
Thursday, October 2, 2014
PERNIAGAAN PREPAID TONE EXCEL
Assalamualaikum sahabat-sahabat sekelian,
Pada 26.9.2014 yang lalu bertempat di Taman Warisan Putrajaya, satu majlis taklimat oleh Saudara Azlan Salji telah diadakan bagi ahli ALK Kosmai mengenai program perniagaan prepaid Tone Excel. Seramai beberapa orang ALK telah hadir ke taklimat ini bagi mendapatkan gambaran secara menyeluruh mengenainya pelan perniagaan ini. Ia merupakan satu lagi inisiatif Kosmai bagi menjaga pendapatan selain dari ahli-ahli juga memperolehi pendapatan pasif setiap bulan. Satu jenis perniagaan yang ringkas serta mudah dikendalikan oleh sesiapa sahaja. Dengan menukar kepada Tone Excel, setiap penggunaan atau pembelian top up, sahabat-sahabat juga akan memperolehi pendapatan darinya. Dengan penggunaan telefon bimbit yang semakin canggih serta telah pun menjadi sebahagian dari keperluan harian kita, Tone Excel akan dapat memberi pulangan yang lumayan kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya. Nombor telefon sedia ada boleh dikekalkan atau sahabat boleh mendapatkan pendaftaran nombor baru. Pendaftaran adalah sebanyak RM90.00 sahaja. Setiap kali kita membeli top up bagi kegunaan telefon, KOSMAI akan memperolehi keuntungan berupa komisen. Juga kepada sahabat-sahabat juga akan mendapat komisen serta pakej lain yang akan saya terangkan dan rungkaikan melalui blog ini dari masa ke semasa.
Jadi bertindaklah sekarang... Sebarang kemusykilan dan keterangan lanjut mengenainya bolehlah menghubungi ahli-ahli ALK. Atau Saudara Azlan Salji (019.2561771) bagi sahabat-sahabat yang berada di KL dan Selangor. Juga Saudara Azman Khalid (019.5138799) bagi yang berada di Perak dan kawasan sekitarnya.
Wednesday, September 10, 2014
MESYUARAT ALK KOSMAI BIL 2/2014
Mesyuarat ALK KOSMAI kali ke 2 telah selamat diadakan pada 6hb September 2014 yang lalu. Berbagai perkara telah dibincangkan bagi memantapkan dan menetapkan hala tuju perniagaan KOSMAI. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Pengerusi KOSMAI, Saudara Mohamad Zubir. Mesyuarat telah
menjemput Dato' Sha sebagai tetamu bagi memberi idea dan buah fikiran serta bertukar-tukar maklumat mengenai peluang-peluang perniagaan yang dapat diraih di Negeri Perak. Selain Dato Sha', mesyuarat juga dihadiri oleh ahli KOSMAI iaitu Saudara Wan Nor Azlan, Saudara Ahmad Nizar Shazali, Saudara ZulFatah dan Saudara Ariffin bagi mendengar maklumat terkini mengenai KOSMAI serta berkesempatan untuk mendaftar sebagai ahli KOSMAI. Mesyuarat mula bersidang pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada 1.00 tengahari. Terima kasih pada ALK KOSMAI yang dapat hadir ke mesyuarat ini.
ALAMAT BARU PEJABAT KOSMAI DAN JUALAN JUS KELUARAN SIME DARBY
Sahabat-sahabat sekelian,
Adalah dimaklumkan bahawa KOSMAI telah pun berpindah ke pejabat baru efektif pada 1hb September 2014 yang lalu. Ia merupakan pejabat yang disewa sebahagiannya dari Saudara Azlan Shah (ALK / Penasihat Undang-Undang) yang bersetuju untuk memberi sebuah bilik di pejabatnya sebagai bilik operasi dan pentadbiran KOSMAI. Pihak KOSMAI mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepadanya di atas sifat keperihatinannya dalam memastikan operasi KOSMAI berjalan dengan lebih teratur. Insyallah, KOSMAI akan menambah keperluan di pejabat baru ini seperti kemudahan Telefon dan Faks dalam masa terdekat ini. Berikut adalah alamat terbaru KOSMAI buat sahabat-sahabat sekelian:
Alamat: No 2A Medan Gopeng 3, Jalan Raja Dr Nazrin Shah, 31350 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
Telefon: 013.3155527 / 019.6666901
Dimaklumkan jua, KOSMAI telah pun menjadi agen pengedaran Jus Guava dan Jus Oren keluaran Sime Darby. Pejabat ini juga merupakan pusat jualan dan pengedaran jus ini dan ianya dijual secara runcit dengan harga RM 7.50 sebotol (1liter). Walau bagaimana pun, bagi ahli-ahli berdaftar KOSMAI, ianya dijual dengan harga RM 6.00 sebotol. Sila datang ke pejabat KOSMAI sekiranya ingin membeli jus ini. Untuk maklumat lanjut, atau berhasrat untuk membeli jus ini boleh menghubungi Saudara Nizam Harun (013.5201500) atau Saudara Azman Khalid (019.5138799)
BORANG PERMOHONAN MENJADI ANGGOTA KOPERASI
Salam semua,
Kepada sahabat-sahabat yang ingin memohon menjadi anggota Koperasi KOSMAI, boleh download borang permohonan di sini. Sila isi dan kembalikan kepada saya melalui email. Sila sertakan bukti pembayaran juga untuk memudahkan pemerosesan permohonan saudara. Pembayaran bagi modal syer boleh dibuat terus melalui akaun KOSMAI (Maybank: 5-58088-42918-0). Jika terdapat sebarang kemusykilan, bolehlah berhubung terus di talian 013.3155527 (Alias Ariffin) atau 019.5138799 (Azman Khalid).
Tuesday, September 9, 2014
AHLI LEMBAGA KOPERASI KOSMAI (2014)
Senarai ALK Koperasi KOSMAI 2014
Berdiri dari kiri: Mohd Damanhuri (ALK), Ali Azwan (ALK), Azemi Omar (ALK / Tim. Bendahari), Mohd Nizam Harun (ALK), Nor Azlan Shah (ALK / Penasihat Undang-Undang), Shamsul Johari (ALK / Pen. Setiausaha II), Ripin (ahli), Ahmad Nizar Shazali(ahli)
Duduk dari kiri: Mohamed Alias Ariffin (ALK / Setiausaha), Dato' Sha (ahli), Mohamad Zubir (ALK / Pengerusi), Shamshul Johari ZM (ALK / Tim. Pengerusi), Azman Khalid (ALK / Bendahari)
ALK yang tiada dalam gambar: Khairuzaman Othman (ALK / Pen. Setiausaha),Yussri Abdullah (ALK). Azlan Mohd Salji (ALK / Ketua Biro Ekonomi)
Salam
Salam Saudara-Saudara Sekelian,
Alhamdulillah...Syukur kita pada Allah swt kerana dengan izinNya penubuhan Koperasi Sahabat Alumni Sekolah Menengah Anderson Ipoh Berhad (KOSMAI) telah berjaya ditubuhkan pada 11 April 2014 yang lalu. Penyertaan sebagai ahli buat masa ini hanya pada mereka yang pernah belajar dari tahun1982-1986 sahaja. Dengan penubuhan ini, ia akan menjadi wahdah kepada kita semua untuk mengembeleng tenaga secara bersama bagi memajukan perniagaan kita melalui KOSMAI agar keuntungan dari setiap titik peluh kita dapat dirasai secara bersama. Ia juga sebagai cara untuk kita bekerjasama secara kumpulan dengan cara yang lebih sistematik dan profesional agar setiap apa yang dirancang akan menghasilkan kejayaan yang diharapkan. Seterusnya dengan hasil perniagaan yang diterima dapat diagihkan kepada setiap ahli dan secara langsung dapat meningkatkan pendapatan dan ekonomi kita.
Pihak Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang diterajui oleh Pengerusi kita Saudara Mohamad Zubir akan sentiasa menerima pandangan, dan cadangan dari semua ahli untuk kemajuan KOSMAI.
Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama berganding bahu memajukan KOSMAI kita ini kerana ia akan dapat memberi manafaat, bukan sahaja pada kita semua tetapi sebagai bekalan yang akan kita tinggalkan kepada generasi kita seterusnya.
Sekian...
Subscribe to:
Comments (Atom)




















.jpg)

